Autisme : Indah Rupa, Unik Tingkah Lakunya.

"Autisme merupakan gangguan neurologi yang memberikan impak negatif kepada kanak-kanak dari segi kemahiran interaksi sosial dan imaginasi. Ini bermakna kanak-kanak yang mengalami autisme mungkin mempunyai masalah pertuturan, masalah untuk berinteraksi dengan orang lain dan minat serta kemahiran bermain yang terhad."

F bagi kerjasama buat kerja dalam kelas. Selalunya tak mau.

F dengan dunianya. Selesa dengan carpet lembut, beri ketenangan yang luarbiasa kot. 







spacer

Deco kelas satu per satu.

Kelas yang menarik adalah salah satu kunci untuk bantu murid gembira ke sekolah dan memulakan pembelajaran. Kelas 1 Bestari alami banyak perubahan dari satu pelan ke pelan kedua dan akhirnya rupa kelas yang terkini.

Rupa hari pertama.

Masa cuti akhir tahun lepas, cikgu Azryn minta bantuan Pembantu Pengurusan Murid untuk hiaskan dinding kelas dengan wallpaper bunga-bunga tu. Nampak ceria kan? tapi cikgu Azyn pasang lampu lagi di depan dekat dengan papan putih supaya kelas cukup pencahayaan. Terima kasih mama buatkan wiring lampu pakai pasang plug. 

Gambar aloe vera di depan tu, Cikgu Azryn beli di kedai Mr.DIY. Jam hijau ikut tema dinding beli di kedai Kaison. Memang plan mau tema hijau kehijauan tahun ni dan yang paling penting minimalist.

Kedudukan meja untuk wajah pertama kelas Bestari ni kurang sesuai dengan saiz murid kelas tahun ni, dapat muid sampai 10 orang. Jadinya murid memang tak selesa duduk berhimpit. So, Cikgu Azryn pun ubah la pelan kedudukan yang ni walaupun kedudukan papan putih tu memang dah ubah.

Wajah kedua: Meja rendah ala jepun.


Beg murid terpaksa letak di dinding sebab murid duduk bersila.

Murid terlalu selesa, cikgu pulak susah nak kawal murid.

Pelan kedua ni mulanya selesa, sebab murid duduk di lantai. Lebih kepada floor time, tapi wujud kekurangan sebab murid duduk dalam kumpulan besar dan tahap kebolehan berbeza. Belum tambah lagi perangai yang pelbagai, lagi la susah cikgu mau kawal.

Oleh sebab itu, Cikgu Azryn pun buat keputusan untuk ubah lagi kedudukan meja kelas ni. 

Kedudukan terkini: dua meja berkumpulan kecil.

Kedudukan terkini lebih mudah guru nak bagi kerja sebab dua kumpulan memang dah bahagi siap-siap ikut tahap. Masih ada kelemahan, tapi cikgu usaha kekalkan kedudukan ni.








spacer

January 2019: the start of a new beginning.

The start of the new beginning.

Gambar portrait untuk permulaan tahun 2019.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Entry pertama untuk blog ini.
Cikgu azryn buat blog ini sebagai medium untuk simpan segala kenangan mengajar anak-anak khas dan bagaimana guru-guru di sini menangani perangai anak khas. 
Blog ni jugak cikgu azryn buat untuk semua yang berkaitan dengan bidang ini baik cikgu mahupun ibu bapa atau ahli keluarga mengambil berat tentang perkembangan anak-anak istimewa dan memerlukan perhatian lebih ini.
semoga kesabaran kami sebagai warga pendidik sentiasa kekal ada dan istiqomah dalam mendidik mereka. aminn.

tahun ini cikgu Azryn dapat 11 orang anak murid. Ramai dan susun atur kelas terpaksa berubah sampai tiga kali bagi beri keselesaan kepada anak-anak ini.

Ini saja untuk entry pertama ini, lain kali kita cerita lagi tentang telatah anak-anak ini :)
Insyallah. 💖

spacer